Silakan, Silakan...

Nikmati hidangan yang disediakan, di masak dari hati, untuk memikat hati anda. Ada beza besar antara masakan dari hati dengan masakan untuk mencari untung semata-mata. Tersedia lebih 80 jenis masakan istimewa, lauk-pauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman berkualiti dan lazat untuk anda nikmati setiap hari.

Mengambil kira sesaknya ruang makan terutama waktu puncak (tengah hari), kini menaik taraf menambah keluasan ruang makan, dapur, parking sentiasa diberi perhatian serius. Lebih dari itu, kualiti sentiasa menjadi keutamaan Restoran Sambal Hijau.

Selamat Datang. Silakan Masuk.

Mini Sejarah Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau mempunyai mini sejarahnya yang tersendiri. Bermula dari November 2004, pihak pengurusan telah membeli sebuah kedai makan yang agak kurang menyerlah di tepi masjid Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Sambal Hijau, bertatih-tatih, mengharungi pelbagai masalah. Yang paling utama masalah kurang pengunjung.  Selanjutnya…

SAJIAN SIANG (10am HINGGA 9pm)

SAJIAN MALAM (5pm HINGGA 2am)

Mari, mari...

Anak Syarikat Sambal Hijau