Cerita Kami...


ADA sebuah kedai makan di tepi masjid Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Kedai tersebut kurang mendapat sambutan. Dengan penuh keyakinan, kedai makan tersebut diambil alih dan ditukar nama menjadi Restoran Sambal Hijau, pada November 2004. Rupanya tidak semudah yang disangka, Restoran Sambal Hijau, pada masa itu, murung. Pengunjung kurang 100 orang sehari. Hanya masak 5 ekor ayam, 30 ekor ikan kembung dan 20 kilo beras, 3 orang pekerja termasuk tukang masak dan pengurus. Lebih berat kepada hendak berundur dari meneruskan.

Setahun kemudian…

Pada tahun 2005, ada seorang dari Singapura datang mencari Restoran Sambal Hijau. Sangat mengejutkan. Rupa-rupanya, Restoran Sambal Hijau telah tersiar di dalam sebuah majalah resipi. Itulah titik permulaan bagaimana hari ini Restoran Sambal Hijau dikunjungi lebih 2,000 pelanggan setiap hari (lebih ramai pada hari cuti), memasak sehingga 200 kilo beras setiap hari.

Ramai pegawai TV3 yang solat Jumaat di masjid sebelah Restoran Sambal Hijau dan makan tengah hari di Restoran Sambal Hijau. Pengurus Restoran Sambal Hijau, dengan rendah hati memohon kepada penerbit rancangan yang begitu popular pada tahun 2008, ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ untuk memasukkan Restoran Sambal Hijau ke dalam slot rancangan tersebut. Bertanya penerbit rancangan tersebut, “Apa persediaan kamu untuk menerima limpahan pengunjung sesudah keluar dalam Jalan-Jalan Cari Makan?” Ubahsuai dan rebranding Restoran Sambal Hijau dimulakan.

Sesudah masuk dalam rancangan TV yang begitu popular pada tahun 2008 itu, dan beberapa media lain, selepasnya adalah sejarah bagi Restoran Sambal Hijau. Sehingga kini, jumlah pengunjung makin meningkat dari hari ke sehari. Pengubahsuiaan, pembesaran tempat makan dan dapur sentiasa diteruskan bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat.

 

Apakah Rahsianya?

Seperti biasa ramai yang mencari-cari rahsia kejayaan Restoran Sambal Hijau. Rahsianya adalah amalan dan kemestian:

1. Kepuasan pelanggan kekal Nombor Satu. Pelanggan yang berpuas hati akan menarik 10 bahkan 1000 pelanggan lain. Aduan pelanggan setiasa diambil berat dan diambil tindakan segera.

2. Kualiti dikekalkan dan ditambah dalam semua aspek.

3. Kepelbagaian pilihan. Ada 80 jenis lauk-pauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman, dessert, kuih-muih sebagai pilihan setiap hari.

4. Kepelbagaian juga pada kemampuan. Ada hidangan yang mahal, yang sederhana dan budget. Setiap pengunjung ada pilihannya sendiri.

5. Kemudahan untuk pelanggan. Misalnya ruang parking telah diperbesarkan.

6. Masa yang panjang, iaitu dari pkul 7.00 pagi sehingga 2 pagi, setiap hari, sepanjang tahun, kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

7. Segar dari dapur, memasak mengikut syif. Sebab itu menu tengah hari sudah sedia pada pukul 9 pagi (lingkungan 15 lauk-pauk) sehingga pukul 10 malam bahkan selalunya dilanjutkan hingga 12 malam.

Kenangan lalu

Peneraju

Restoran Sambal Hijau diterajui oleh suami isteri:
Azrul Shah Mohd Isa
sebagai Pengurus Am dan Pengurus Pemasaran (Facebook)
Noraini Abdul Majid sebagai Pengurus Am dan Executive Chef. (Facebook)

Rancangan Masa Depan

Parking yang luas