Riang Ria Menghadap Hidangan

Sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan sekerja, handai taulan, memang suasana yang meriangkan apabila menghadap makanan yang disediakan di Restoran Sambal Hijau.

Sebahagaian besar yang berkunjung ke Restoran Sambal Hijau adalah pelanggan ulangan. Mereka berulang-ulang datang makan bersama keluarga dan sahabat handai.

Pihak Restoran Sambal Hijau amat menghargai pelanggan-pelanggan. Segala usaha sedang diteruskan bagi memberi keselesaan, kemudahan dan keriangan berterusan setiap kali berkunjung ke Restoran Sambal Hijau.