Bersarapan Pagi Di Sambal Hijau

Menyediakan sarapan pagi seperti juga restoran lain. Bermula seawal pukul 7 pagi, sudah tersedia sarapan pagi untuk anda. Pilihlah nasi lemak, lontong, kuih muih, roti bakar, telur setengah masak dan sebagainya.


Menu Tengah Hari Sudah Tersedia

Seawal pukul 9 pagi sudah diangkat lauk pauk menu tengah hari (masakan syif pagi). Pengunjung yang hendak makan nasi putih sebagai sarapan, sudah tersedia lauk pauk, (lingkungan 15 jenis lauk pauk) dan sayur-sayuran.

Hidangan Tengah Hari

Inilah yang dinanti-nantikan. Tersedia sehingga 80 jenis lauk-pauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman, aneka sambal, setiap hari, seawal pukul 9 pagi sehingga 10 malam, bahkan selalunya sehingga pukul 12 tengah malam. (masakan syif petang / malam)

  • Segar dari Dapur (masak ikut syif)
  • Mengekalkan keperbagaian dan keenakan
  • Ada masanya sampai pukul 2 pagi.

Antaranya yang popular dan laris ialah: Gulai Sotong Sumbat, Rendang Daging, Gulai Lemak Telur Itik, Gulai Daging Salai, Gulai Ayam Salai, Ikan Panggang, Ayam Panggang, Gulai Tunjang/Tendon, Udang Galah Masak Lemak, Paru Goreng Rempah, Gulai Cincang/Tetel, Siput Sedut Masak Lemak, Ayam Masak Merah, Masak Lemak Ikan Merah, Kembung Masak Taucu, Sambal Telur Rebus, Ayam Masak Lada Hitam, Gulai Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Kembung Sambal Hitam Pahang, Sotong Kembang Masak Merah, Gulai Kawah Kuala Lipis, Ayam Dara Goreng Berempah, Gulai Keli Bakar, Ayam Madu, Ayam Lada Hitam, Itik Masak Gulai Hijau, Masak Lemak Cili Api Jenahak, Ikan Merah.

Sayur: Brocolli Campur, Masak Lemak Pucuk Paku, Buncis Tumis Telur, Sawi, Kerabu Mangga, Kerabu Pucuk Paku, dan berbagai-bagai lagi.

Menu Malam

Pada sebelah malam, Restoran Sambal Hijau meriah. Disediakan hidangan Ala-Carte Masakan Thailand yang enak sekali.

  • Pelbagai Hidangan Masakan Thailand.
  • Disediakan pakej hidangan untuk keluarga.
  • Dari 6 petang hingga 2 pagi, setiap hari.

Menu Tengah Hari Berterusan

Menu untuk makan tengah hari juga terus disediakan pada sebelah malam.. Ada kalanya sehingga pukul 10 malam. Jadi, untuk makan malam, pengunjung mempunyai pilihan sama ada memilih ‘Menu Tengah Hari’ atau Ala-Carte Masakan Thailand. Atau kedua-duanya.

Nikmati Ayam dan Ikan Bakar

Diperap dengan rempah khusus sebelum dipanggang dengan teliti. Diangkat tepat masanya untuk mengekalkan jus.

  • Antara hidangan yang terlaris
  • Untuk Hidangan waktu siang
  • Ikan kembung, Ikan sembilang (atau keli), ikan pari.
Nikmati Hidangan Sampingan

Disediakan hidangan sampingan yang enak. Antaranya ialah Tauhu Bakar, Kerang Bakar, Rojak Buah.

  • Disajikan  dengan segera.
  • Tersedia mulai pukul 5 petang
  • Kegemaran ramai.
Nikmati Dessert Istimewa

Antaranya yang laris dan popular:  Badak Berendam, Pulut Durian (sepanjang tahun), Onde-onde, Tapai Pulut, Bubur Sum-Sum, Puding Karamel, Dadih, Dodol, Wajik, Kek Keju, Jeli Kelapa, Tapai Ubi, Durian Crepe,dan berbagai-bagai lagi.

  • Pelbagai pilihan dessert yang enak dan menyegarkan. Ditambah dari semasa ke semasa.
  • Dessert berasaskan durian tersedia sepanjang tahun.
  • Tersedia sepanjang hari.