Menikmati Keenakan Sajian Siang

PADA sebelah siang, disediakan lebih 80 jenis lauk-pauk yang tentunya dapat memenuhi citarasa anda. Ditambah pula dengan sayur-sayuran, kerabu, ulam dan sambal.

Pilih lauk kesukaan anda, kemudian nikmatilah keenakan masakan istimewa di Restoran Sambal Hijau. Makanlah sepuasnya.

Nota: Yang selalu dirisaukan oleh pengunjung baharu ialah mengenai parking. Jangan bimbang, Sambal Hijau menyediakan parking lot di belakang restoran. Boleh memuatkan sehingga 50 kereta dalam satu-satu masa.