Suasana Waktu Puncak ( 11am 4pm )

Pada masa ini, bolehlah disamakan dengan suasana rumah orang kenduri kahwin. Begitu ramai yang datang serentak untuk makan tengah hari. Pada Hari Sabtu, Ahad dan hari cuti, selalunya kunjungan berganda dari hari-hari biasa.

Ramai yang sanggup berdiri menunggu tempat duduk. Kesabaran mereka sangat dihargai.

Pihak Restoran Sambal Hijau memberi perhatian serius kepada masalah keluasan tempat makan. Proses penambahbaikan sentiasa berterusan bagi memastikan keselesaan pelanggan.